ANDA!! Ya, ANDA MENDAPAT JEMPUTAN!!!

Anjuran:

Dengan Kerjasama:

Jasmine dari MYSJ telah mendapat panggilan telefon dari pihak Korea Plaza dan mereka telah menjemput E.L.F Malaysia untuk menyertai satu rancangan anjuran Korea Plaza!!

Butir-butir adalah seperti berikut:-

Program: Kelas Nyanyian Lagu Korea (Lagu-lagu Super Junior)
Tarikh: 27 Ogos 2009, Khamis (Cuti sekolah)
Masa: 2:00 PM-3:00 PM
Lokasi: Korea Plaza, Menara Hap Seng, Jalan P.Ramlee

MYSJ akan menghantar wakil dari persatuan mereka dan menjemput Sapphirepearls Malaysia bersama-sama memeriahkan majlis berikut😀 Malah, mereka akan berkumpul di Monorail Bukit Nenas pada 1:00 PM dan berjalan kaki secara beramai-ramai ke Korea Plaza (ala konvoi+perarakan ^^).

Jika anda berminat untuk menyertai, sila komen di sini dengan butir-butir seperti berikut (jika anda pernah komen di Sapphirepearls global, anda tidak perlu berbuat demikian lagi sekali disini ^^).

NAMA PENUH:
NO. TELEFON:
PERLUKAN BANTUAN UNTUK KE KOREA PLAZA?: Ya/Tidak (tulis salah satu)
** Sesiapa yang memerlukan bantuan; sila berkumpul di Stesen Monorail Bukit Nenas tepat-tepat jam 1:00 PM.

Kami memerlukan kerjasama anda untuk mengisi butir-butir ini diatas permintaan pihak Korea Plaza, hal ini adalah untuk mengira jumlah peserta dan penyertaan akan ditutup pada 11:59 PM bertarikh 26 Ogos 2009. Jadi bertindaklah sekarang!! Jangan lupa mengajak rakan-rakan anda turut serta dan jumpa anda disana! ^^V

Terima Kasih kepada Jasmine dari MYSJ atas jemputan ini. Sebarang penyertaan sila komen di sini. Akan dijawab dalam masa 24 jam, terima kasih😀

Edit:

  • Anda digalakkan memakai baju tee E.L.F Malaysia atau pakaian warna biru di majlis tersebut🙂
  • Cara untuk pergi ke Korea Plaza
  • Untuk mengelakkan sebarang gangguan kepada privasi anda, komen anda akan dipadam sebaik sahaja direkodkan kerana no. telefon anda akan didedahkan.

11 Responses to ANDA!! Ya, ANDA MENDAPAT JEMPUTAN!!!

  1. […] As we need to count the number of participant and report to Korea Plaza, we would greatly appreciate if you can send their information to us before 26 August 2009, 11.59pm. It is strongly advised for you to wear Malaysian ELF t-shirt or blue-colored attire on the said event. Any questions, please comment here. For Bahasa Malaysia version, kindly check the translated post here. […]

  2. teyna says:

    nk tny ade kne bayar ke pegi sne? n ad limit person yg ley pegi ke?hmm~kne tny parents dlu! save tempat;p

  3. is-nanie says:

    Tarikh: 27 Ogos 2009, Khamis (Cuti sekolah)
    Masa: 2:00 PM-3:00 PM

    Haiiishh…. Dak2 sekolah je la boleh pegi..

    Kite yang keje nih.. kat opis lg~..

    • misshealerzz says:

      malangnya kelas ini adalah anjuran dari Korea Plaza, bukan dari kami sendiri. Harap anda dapat bersabar ^^ kita pasti dapat berjumpa untuk satu perjumpaan yg lain pula

  4. carrobit says:

    T-T sekali lagi,tak dapat pergi.
    knapala saya tinggal jauh sgt.argh!kepada yg join,have fun! ^-^

  5. bihachan says:

    Nama:Nabihah bt.Juhari
    No phone: Telah direkod
    Perlukan bantuan ke korea plaza?:tidak

    I’ll bring a friend with me…

    Nama:Nur Hamizah bt.Mihat
    nO. pHONE: Telah direkod
    pERLUKAN BANTUAN KE KOREA plaza?:tidak

    Err..nak tnya..kat menara hap seng tu..suraunya di mana?naik mnorail trun di raja chulan lg dekat bern=bnding bkt nenas bukan??^^

    terma kasih^^

  6. misshealerzz says:

    sy kurang pasti surau dimana di Korea Plaza, tapi anda boleh bertanya pada pihak penganjur🙂 Kumpulan yang berhenti di bukti nenas bertujuan untuk berkonvoi beramai-ramai ^^ Sila rujuk gambar Blood Donation Event bagaimana ia dilakukan.

  7. xleeteukholicx says:

    nk tanye!!
    ni sume org pgy kene nyanyi ek??
    x leh ke just jadi audience??

    • misshealerzz says:

      disebabkan ini adalah kelas nyanyian, kita akan belajar serba sedikit berkenan sebutan bahasa korea sekali🙂 ia bukan nyanyian semata-mata. Jangan risau, ia bukan stage show ^^

%d bloggers like this: